Monday, December 7, 2009

Persengketaan Tun M dan Tun Lah sedikit sebanyak mengelamkan Datuk Ahmad Zaki

Lambaian tanah suci telah membawa Datuk Ahmad Zaki bersama isteri tersayang dan juga ayahbonda untuk menunaikan Ibadah Haji. Kesibukan bukanlah satu alasan bagi seseorang untuk menunaikan rukun Islam yang ke-empat, menunaikan haji ke Baitullah (Mekah).

Walaupun tugas harian terlalu sibuk dan sehingga di saat akhir beliau terpaksa menghadapi dan menyelesaikan segala tugasan yang menanti namun Datuk Ahmad Zaki membulatkan hati dan melupakan segala urusan dunia buat seketika dan berlepas ke tanah suci pada 20 Nov 09.

Sebelum berangkat ke tanah suci beliau telah menerima perkhabaran bahawa beliau tidak dilantik sebagai CEO kepada MRCB dan dengan redha serta rela beliau telah menerima keputusan ini dengan tenang. Mungkin rezeki tidak menyebelahi beliau. Namun ramai yang merasa ralat kerana sebab-sebab beliau gagal untuk menduduki kerusi ini bukanlah kerana beliau tidak layak tetapi adalah kerana perbuatan manusia yang menyimpan dendam dan hasrat dengki terhadap beliau kerana beliau adalah bekas Pegawai Khas kepada Mantan Perdana Menteri , Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Seperti yang dijangka , musuh Datuk Ahmad Zaki pasti akan menulis untuk menghalang beliau untuk dilantik sebagai CEO kepada MRCB melalui blog-blog seperti yang pernah mereka lakukan kepada sesiapa juga yang setia kepada Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ini sukar dihalang kerana tidak siapa yang boleh menutup mulut dan hak mereka untuk menulis.

Mereka sememangnya musuh kepada semua yang pernah berkhidmat dan memberikan sumbangan kepada rakyat dan negara melalui mantan Perdana Menteri , Tun Abdullah Ahmad Badawi . Ini adalah berpunca dari permusuhan antara Tun M dan juga Tun Abdullah.

Kebanyakan penulis yang memburukkan semua Petugas Tun Abdullah adalah
penulis upahan yang sengaja diupah dengan wang ringgit mahupun habuan
itu adalah untuk memusnahkan kehidupan dan masa depan semua petugas yang setia
dengan Tun Abdullah pada masa yang lalu,

Sikap dendam dan kebencian ini tidak akan padam selagi mereka tidak merasa puas dengan perasaan dendam mereka. Yang menariknya adalah ada juga orang-orang tertentu menilai kebolehan Datuk Ahmad Zaki dari penulisan blog. Amat malang sekali apabila bloggers menguasai kepimpinan tertinggi dan juga ahli-ahli koprat yang berpengaruh.

Menilai prestasi seseorang melalui penulisan bloggers mungkin satu kesilapan yang besar kerana pepatah melayu ada berkata, "untuk mengetahui akan kebaikan seseorang, tanya kepada kawan orang berkenaan dan untuk mengetahui keburukan seseorang tanya pada musuh nya".

Datuk Ahmad Zaki sebenarnya tidak memusuhi sesiapa tetapi beliau dimusuhi kerana api kemarahan Tun kepada Tun Abdullah membuat beliau terbabit kerana beliau adalah meruapakan pegawai khas dan juga Ketua Biro Komunikasi Pejabat Perdana Menteri. Apa yang beliau lakukan selama ini adalah tugas dengan nawaitu untuk mebangunkan rakyat dan dengan
nawaitu untuk memberikan khidmat kepada bos beliau iaitu Perdana Menteri Malaysia pada masa itu.

Apa saja yang dilakukan oleh beliau adalah dengan niat menjalankan tugas dan memberi khidmat dengan jujur dan ikhlas. Adalah tidak adil jika kerana tugasan yang beliau lakukan beliau dimusuhi dan jika tidak beliau yang lakukan, tentu ada orang lain yang melakukannya. Namun beliau bukan lah dimusuhi oleh semua orang .

Yang memusuhi beliau hanyalah bloggers yang sebenarnya pada hakikatnya bukan memusuhi beliau tetapi kerana mereka ini juga menjalankan tugas dan diupah oleh individu tertentu untuk memburukkan Datuk Ahmad Zaki. Mereka juga adalah merupakan petugas yang mencari rezeki dengan cara menjahanamkan semua petugas dan orang yang rapat dengan Tun
Abdullah. Adakalanya mereka sendiri tidak tahu apakah fokus sebenar mereka melainkan menjatuhkan dan menjahanamkan kehidupan mereka yang rapat dengan Tun Abdullah.

Perkara sebegini sukar untuk kita elak kerana ini akan berlaku kepada sesiapa sahaja yang memerintah sekarang dan juga petugas serta pegawai mereka setelah mereka tidak lagi berkuasa.

No comments: