13hb Dis 09, jam 12.30 tengah hari, bertempat di KLIA , merupakan hari dan detik paling manis bagi keluarga Datuk Ahmad Zaki Zahid kerana telah menyambut kepulangan beliau bersama isteri, yang telah selamat kembali dari Tanah Suci Mekah. Alhamdulillah….Bersyukur kepada Allah SWT akhirnya pemergian Datuk Ahmad Zaki Zahid ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan Fardu Haji baru-baru ini terlaksana sudah. Mereka disambut dengan penuh gembira oleh sanak saudara dan juga rakan-rakan. Kepulangan beliau juga di sambut oleh anak-anak yang tersayang yang merindui pemergian ayah dan bonda mereka, Dalam keceriaan dan membayangkan rasa kepuasan , Datuk Ahmad Zaki berkata , beliau berasa bersyukur dan melafazkan kesyukuran serta rasa lega kerana berjaya merempuh dugaan dalam cuaca di sana yang hujan serta sedikit banjir, namun segala-galanya berjalan lancar. Dengan fizikal mereka yang kecil di tambah pula dengan jumlah jemaah yang begitu ramai dari segala pelosok negara serta keadaan fizikal mereka yang agak besar adalah sebenarnya antara dugaan yang terpaksa ditempuhi. Adakalanya beliau sekeluarga terpaksa berebut-rebut dan berhimpit dengan mereka semua.
Benarlah pendapat sesetengah orang, adalah lebih baik sekiranya kita mampu, ketika usia masih muda dan bertenaga untuk menunaikan ibadah haji kerana kita juga memerlukan stamina serta tubuh badan yang sihat untuk melaksanakan ibadah ini.Semoga beliau mendapat Haji Mabrur.
No comments:
Post a Comment