Monday, December 7, 2009

Datuk Ahmad Zaki - Aman Malaysia aktif jalankan misi kemanusiaan

Setelah memenangi pemilihan Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Zaki telah diberikan kepercayaan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia , Saudara Khairy Jamaluddin
untuk menerajui Biro Antarabangsa kerana pengalaman luas beliau ketika berkhidmat di Pejabat Perdana Menteri sebelum ini. Beliau juga adalah merupakan pelajar sebuah universiti di London dan sememangnya layak untuk menjawat jawatan ini.

Tahun ini adalah merupakan tahun akhir beliau berada di dalam Pemuda UMNO dan harapan beliau amat besar untuk menyumbang tenaga dan jasa kepada bangsa dan negara melalui sayap kanan UMNO , Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Melalui Biro Antarabangsa Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zaki telah mempengerusikan badan NGO, Aman Malaysia. Beliau juga telah membina sebuah laman web yang boleh diakses melalui URL www.peacemalaysia.com. Melalui badan ini Datuk Ahmad Zaki telah banyak membuat program yang menaikkan nama baik negara di luar Negara dan juga di dalam negara.

Atas rasa keprihatinan dan tanggungjawab, Aman Malaysia telah menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi terutama di beberapa lokasi pedalaman di sekitar Pariaman, Padang, yang terjejas teruk akibat bencana alam itu. Datuk Ahmad Zaki juga telah mengetuai misi kemanusiaan bersama beberapa pegawai itu bermula kira-kira jam 8
pagi waktu tempatan (9 pagi waktu Malaysia) dengan memberikan barangan keperluan harian iaitu air mineral, susu tepung bayi dan makanan ringan.

Ia merangkumi 15,000 unit makanan ringan, 3,000 botol air mineral dan 500 kilogram (kg) susu tepung bayi berusia enam tahun ke bawah yang dianggarkan bernilai kira-kira RM25,000. Semua barangan seberat 2,300kg itu diserahkan kepada Himpunan Pengusaha Muda Indonesia (HIPMI) melalui Ketua Umum Daerah Sumatera Darat, H Erick Hariyona, yang
bertindak sebagai orang tengah untuk mengagihkannya kepada mangsa.

Pada 30 September sekali lagi Aman Malaysia menyampaikan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Padang dan kali ini bantuan telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Aman Malaysia Sdr Hasbullah Awang dan juga turut serta dalam rombongan ke Padang adalah Setiausaha
Agung Aman Malaysia Sdr Hasnol Hadi Abd Rahman.

Banyak perancangan yang telah dirancang oleh Aman Malaysia dan mereka akan terus bergerak aktif sepenuh masa untuk membantu mangsa bencana alam dan juga beberapa siri program kebajikan yang lain.

No comments: