Sunday, January 31, 2010

Haprak yang berniat jahat dengan Datuk Ahmad Zaki bergaduh sesama sendiri kerana kepentingan

Saya amat tertarik apabila membaca mengenai balasan tuhan terhadap mereka yang dengki hati dan kini terserlah sudah kedengkian mereka kerana kepentingan peribadi. Kedua mereka kini bergaduh sesama sendiri, merebut kepentingan dan nama. Jika kita baca kepada tulisan ini baca sini yang saya petik dari sebuah laman web di mana penulis ini telah menghentam Datuk Zaki Ahmad dan penulis inilah yang sering mengkritik dan menabur fitnah serta berniat tidak baik kepada Datuk Zaki Ahmad .Kini kedua-dua mereka telah bergaduh kerana perasaan tidak puas hati kerana seorang diberikan peluang untuk berceramah dan telah mengambil kesempatan untuk mengaku kerana usaha mereka maka lahir sebuah laman web yang di miliki oleh seorang lagi. Jelas disini yang di maksudkan oleh penulis berkenaan adalah sdr Big Dog.

Inilah tajuk artikel berkenaan "Perangai Haprak yang memusnahkan perjuangan bangsa." Sebenarnya bukan Bigdog sahaja yang memusnahkan perjuangan bangsa, Yang menulis juga tidak sedar bahawa dia juga memusnahkan perjuangan bangsa sebab dia juga hidup sama dengan cara Big Dog hidup. Mereka juga ada syarikat yang mencari projek dan tender.Mereka ini juga melacurkan perjuangan bangsa. Sekarang, padanlah muka mereka bergaduh sesama sendiri kerana nama dan kuasa serta perniagaan. Allah SWT maha kuasa. Sekejap sahaja telah tunjukkan bukti didunia ini, apakah tujuan mereka sebenarnya menghentam Datuk Zaki sedangkan Datuk Zaki tidak langsung mengenali mereka ini?? Datuk Ahmad Zaki juga tidak pernah menggangu mereka sehingga mereka sanggup menabur fitnah dengan mengatakan bahawa Datuk Zaki memiliki dan mengumpul aset&harta ketika berkhidmat di Kerajaaan...Sudahla tu, hentikan segala fitnah!!

Tuesday, January 26, 2010

DAP BERMINAT DENGAN TEKUN DAN INGIN MERAMPAS HAK MELAYU

TEKUN Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan usahawan yang strategik dan tidak hanya menyediakan kemudahan modal perniagaan semata-mata. Kini TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan.

Adalah diharapkan dengan Hala Tuju Baru dan Penjenamaan semula ini, TEKUN Nasional akan menjadi sebuah institusi pelaksana ( executing agency ) yang dinamik serta mampu memainkan peranannya dengan lebih berkesan bagi memenuhi matlamat penubuhannya selaras dengan hasrat kerajaan untuk membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera ( MPPB ).

Dengan kejayaan MPPB ini hasrat kita untuk mengangkat martabat bangsa Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi akan tercapai.

DAP wants Tekun loans given to all races

Nota:
Datuk Ahmad Zaki berharap agar kerajaan teruskan usaha membantu peniaga Melayu dengan program Tekun dan ianya adalah merupakan keistimewaan dan hak orang orang Melayu.

Sunday, January 24, 2010

Datuk Ahmad Zaki - Pemuda Putrajaya mengecam Kalimah Allah dipersendakan

Datuk Hj Ahmad Zaki yang ditemui baru-baru ini meluahkan rasa kecewa dengan isu yang sedang berlaku sekarang mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Herald The Catholic Weekly yang disifatkan tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam di negara ini.

Selaku Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya dan beliau mewakili Pergerakan tersebut turut melahirkan rasa kecewa kerana perkataan Allah , bagi beliau adalah amat sensitif dan adalah spesifik bagi umat Islam sahaja manakala perkataan Tuhan atau God dalam bahasa Inggeris adalah tuhan bukan Allah dan Allah khusus bagi orang Islam sahaja.

Walau bagaimana pun, beliau berharap agar isu ini tidak diperbesarkan dan diselesaikan secara baik dan aman. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, beliau berharap dan memohon agar semua pihak bertenang seketika dan menghormati cara penyelesaian yang sedang dibuat oleh kerajaan. Pihak kerajaan yang kini yang dalam proses menyelesaikan isu ini dengan membuat rayuan dan meminta mahkamah menimbang semula keputusan tersebut.

Beliau berharap agar tidak ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan dan “menangguk di air yang keruh” yang akan mengakibat kan kestabilan dan keharmonian negara kita menjadi huru-hara. Sebagai umat Islam, beliau merasa terpanggil untuk sama-sama mempertahankan kalimah Allah ini agar tidak dipersendakan sesuka hati dan dicemarkan serta berjanji akan mempertahankan kesuciannya.

Monday, January 18, 2010

Datuk Ahmad Zaki Zahid - Kami telah mengambil tanggung jawab

Ada kala Datuk Ahmad Zaki sering tertanya kepada dirinya, kenapa beliau di musuhi oleh bloggers yang banyak menulis mengenai sesuatu yang tidak pernah dilakukan . Ada yang menulis mengatakan bahawa beliau kini adalah seorang jutawan yang sudah kaya-raya ketika berkhidmat dengan mantan Perdana Menteri yang lalu. Ada yang berkata beliau memiliki kereta berjenama mewah dan duit beliau tidak mungkin habis sampai beberapa generasi. "Jika saya kaya-raya, kenapa saya mesti menyusahkan diri saya untuk bekerja? Kenapa saya perlu mengusutkan fikiran saya dengan memikirkan hal-hal pejabat? Kenapa pula saya perlu mengorbankan masa bersama keluarga semata-mata untuk bekerja? Lebih baik saya enjoy life saya!!" tegas Datuk Zaki apabila bertemu dengan penulis baru-baru ini. Penulis sempat berbual dengan Datuk Zaki apabila mengunjungi rumahnya untuk bertanyakan khabar dan berita setelah beliau pulang dari mengerjakan Ibadah Haji.

"Semenjak saya pulang dari Mekah , saya kadangkala merasa malas untuk berpolitik, namun apabila memikirkan kembali ianya merupakan amanah, saya akan teruskan juga. Bayangkan penulis-penulis blog yang tidak langsung mengenali saya boleh menulis sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Sungguh menghairankan?"

"Mereka menuduh saya banyak menyapu projek ketika saya bersama Pak Lah dahulu sedangkan saya tidak melakukannya dan jika saya lakukan tentu mereka dapat membuktikan apa yang saya telah lakukan. Saya pernah menolak pelawaan "mereka-mereka" yang tertentu untuk memberikan hadiah kepada saya, tetapi saya tolong dan jika saya tolong, saya tolong dengan ikhlas."jelas beliau lagi.

Menurut beliau lagi, beliau hairan mengapa mereka masih mahu marah kepada Pak Lah dan juga pegawai-pegawai Pak Lah sedangkan Pak Lah sudah membayar dan bertanggung jawab dengan melepaskan kerjayanya sebagai Perdana Menteri sekiranya apa yang beliau lakukan tidak memuaskan hati rakyat. Pak Lah mungkin tersilap dengan tarikh pilihan raya yang dipilih nya. Saya juga telah keluar dari kerajaan dan kami telah mengambil tanggungjawab yang sewajarnya. Apa sangat yang mahu dimarahkan dengan Pak Lah dan mengapa kemarahan itu mesti menjadi dendam sehingga mahu memusnahkan kehidupan semua pegawai Pak Lah? Pak Lah sudah mengambil tanggungjawabnya. Dia pasti tidak mahu berhenti dengan secara sedemikian, pasti dia mahu berhenti secara yang dihormati dan mendapat kepuasan setelah berjaya mentadbir negara ini.

Beliau berkata "Memang benar kita terlepas beberapa negeri dalam pilihan raya yang lalu tetapi adalah tidak adil jika mahu meletakkan semua tanggungjawab itu kepada Pak Lah. Banyak juga perkara-perkara yang lain yang menyebabkan kekalahan itu dan adalah tidak adil untuk meletakkan kekalahan itu hanya kepada Pak Lah dan juga pegawai pegawai Pak Lah sahaja. " malah menurut Datuk Zaki ramai yang menuduh dan mengatakan bahawa saya adalah penasihat Pak Lah dan beliau banyak mengguna pakai cakap dan nasihat beliau . "Itu adalah tidak benar, Pak Lah punya mesyuarat kabinet setiap minggu dan dia menerima pakai nasihat lembaga jemaah kabinet dan Pak Lah tidak lah pula mendengar mengambil pakai nasihat dari saya seorang dan ada juga nasihat saya hanya menjadi satu cadangan saja yang tidak diterima pakai bulat-bulat oleh Pak Lah".

Kadang-kadang beliau tidak faham mengapa mereka perlu menyerang beliau secara peribadi sedangkan beliau hanya lakukan tugas ini untuk agama, bangsa dan negara. Beliau adalah seorang Profesional sebelum berkhidmat untuk kerajaan dan ketika berkhidmat untuk kerajaan, waktu kerja tidak menentu. Beliau terpaksa korbankan masa bersama keluarga untuk menjalankan tanggungjawab ini namun apa yang beliau dapat kini adalah cemuhan daripada sebilangan bloggers yang mempunyai agenda tertentu. Sebenarnya beliau tidak pernah berdendam dengan mereka yang menghentam beliau tetapi beliau berharap suatu hari dapat bertemu dengan "mereka-mereka" ini jika mereka sudi bertemu untuk menjelaskan dan memberikan gambaran yang benar terhadap diri beliau.

Sunday, January 3, 2010

Bloggers ini akan terus meroyan !!!


Sememangnya kita jangkakan apa yang akan ditulis oleh bloggers yang anti kepada kepimpinan Pak Lah dahulu yang menjadi penjilat Mukhriz dan juga dibayar sepenuhnya oleh Mukhriz akan menghentam budak tingkat 4 sesuka hati kerana tidak lagi mempunyai isu untuk dimainkan. Hari ini mereka menulis mengenai isu kalimah Allah yang kini hebat diperkatakan dan mereka enggan melihat orang lain menjadi juara kerana mereka mahu nama dan mahu menjadi juara dalam isu ini . Parpukari atau nama sebenarnya Salim seorang bekas staff Bank Muamalat yang dipecat, mahu menjuarai dan mahu merasakan diri lebih hebat memperjuangkan isu ini di blognya sedangkan hampir keseluruhan artikelnya semua dicilok dari laman lain. Siapa si mamat ini yang mahu membabitkan Datuk Ahmad Zaki sekali bersama sama Datuk Rizal Merican dan Khairy dalam blognya dengan isu Kalimah Allah ini . Siapa Parpukari ini yang mahu menghalang ketua pemuda bercakap mengenai isu kalimah Allah ini.

Ramai yang tahu , Parpukari ini sememangnya tidak boleh menerima budak tingkat 4 dan Ketua Pemuda UMNO , Khairy Jamaluddin bukan kerana beliau mengetahui apa yang beliau tidak suka tetapi hanyalah merupakan seorang yang terikut-ikut. Parpukari ini rasanya tidak mengenali Datuk Rizal Merican dan juga Datuk Ahmad Zaki dengan lebih dekat . Parpukari ini yang bergantung hidup dengan pembiayaan Mukhriz begitu kecewa kepada Khairy dan budak tingkat 4 kerana Mukhriz kalah dalam pemilihan Pemuda UMNO yang lalu. Parpukari yang pernah berjanji dengan Mukhriz untuk memastikan bahawa dia akan memastikan Mukhriz menang dalam pemilihan Pemuda gagal melaksanakan janji janji beliau. Itulah sebab dia kini meroyan. Pembaca sebenarnya sudah maklum bahawa semua cerita fitnah dan karut yang datang dari Parpukari ini adalah kerana perasaan kecewa beliau apabila Mukhriz yang dipertaruhkan tewas pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang lalu. Bloggers ini sebenarnya takut Mukhriz akan tengelam dalam isu ini kerana sememangnya Mukhriz tenggelam dalam isu kalimah Allah ini.

Tuesday, December 29, 2009

Datuk Hj Ahmad Zaki - Niat sempit bloggers terhadap Datuk Ahmad Zaki terserlah


Siapa yang tidak tahu niat dan hasrat sebenar Bloggers yang sememangnya pro kepada Tun Mahathir menyimpan dendam terhadap semua pegawai yang pernah bertugas di pejabat Perdana Menteri , mantan Tun Abdullah Ahmad Badawi.Mereka ini tidak habis-habis mahu merosakkan UMNO dan sememangnya terkenal sebagai Pak Kacau yang sentiasa mahu mengacau kestabilan di dalam UMNO. Dua blogger yang sememangnya boleh dikatakan belaan Mukhriz ialah Parpukari dan juga Big dog atau Zakir ini akan sentiasa menyalak setiap kali diarahkan untuk menyalak. Mereka memangnya bijak untuk mencipta cerita fitnah yang setengah betul dan juga cerita-cerita yang hanya mahu di spekulasi kan.

Hari ini , Naib Presiden UMNO pula yang dikenakan oleh mereka . Hari ini mereka cuba menyalak dan merekacerita untuk menjatuhkan Zahid Hamidi pula. Ini adalah agenda orang yang pernah tidak sukakan Zahid Hamidi dan juga orang yang pernah menahan Zahid Hamidi dalam ISA . Orang yang sama dan menggunakan bloggers yang sama untuk menjatuhkan Zahid Hamidi. Orang yang sama mengarahkan bloggers mereka menulis dan memburukkan Zahid Hamidi dan beliau sendiri telah menulis mengenai Zahid Hamidi yang mahu menggantikan jet pejuang. Orang yang sama yang sudah pencen tetapi masih mahu berkuasa...

Ramai antara pembaca yang telah mengenali dan faham akan kerja penulis ini. Tak ramai, mereka hanya membaca dan melihat apa yang mahu di permainkan tetapi tidak akan menerima apa yang mereka baca dengan sebulat-bulatnya. Mereka hanya suka membaca tulisan mereka kerana mahukan hiburan ringan dan ada yang mahu melihat cara mereka cuba menipu rakyat. Perbuatan mereka untuk menjatuhkan Datuk Zahid Hamidi adalah berpunca dari sokongan Datuk Zahid Hamidi kepada Khairy Jamaludiin yang mana Zahid dengan terang-terang menyatakan sokongan beliau kepada Khairy Jamaluddin dalam satu program di Janda Baik.

Parpukari yang sebenarnya langsung tidak pernah mengenali Datuk Ahmad Zaki juga akan berperanan seperti lebih kuah dari gulai kerana mahu merebut imbuhan yang bloggers ini terima. Sekarang ini sebenarnya bukanlah masanya untuk UMNO berpecah dan menghentam sesama sendiri. Eloklah bloggers ini, jika mereka benar-benar ahli UMNO seharusnya memberikan tumpuan kepada pembangkang dan bukan menghentam pemimpin UMNO. Jangan sampai UMNO akan menyesal apabila kehilangan kerajaan pada PRU13 akan datang kerana sikap negatif segelintir bloggers yang terlalu taksub pada Mukhriz dan Tun.


Wednesday, December 23, 2009

Persepsi dan gambaran salah mengenai tingkat empat perlu dikikis

Melabelkan Datuk HJ Ahmad Zaki sebagai budak tingkat empat hanya menyambung kesenimbungan isu kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seperti juga jambatan bengkok,Proton,AP dan MV Agusta.

Mereka di Tingkat Empat atau sebenarnya Aras Empat bangunan Perdana Putra yang duduknya setingkat di bawah pejabat Perdana Menteri di situ yang digambarkan sebagai tukang catur dalam segala macam urusan kerajaan.Persepsi ini sebenarnya , perlu diperbetulkan kerana apa yang dikatakan sebagai budak tingkat empat hanyalah label untuk melemahkan kerajaan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi oleh Tun Mahathir Mohamad dan juga bloggers upahan beliau. Gambaran yang digembar gemburkan sebagai Tingkat Empat sebenarnya adalah lebih sudu dari kuah dan gambaran yang diberikan oleh konco Tun Mahathir dan Tun sendiri sebenarnya tidak tepat,

Memang benar Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pernah menjadi penghuni di tingkat empat ketika beliau menjadi Timbalan Ketua Setiausaha Sulit di pejabat Perdana Menteri dulu.Berikutan desas desus mengenai isu Tingkat Empat timbul prasangka pasti pejabat-pejabat di tingkat berkenaan menjadi sarang ‘budak-budak Khairy’.Sebenarnya dua pegawai prominent yang berpejabat di situ ialah Ahmad Zaki Zahid selaku Ketua Unit Dasar pejabat Perdana Menteri dan Kamal Khalid yang mengetuai Unit Komunikasi.

Oleh kerana pada masa itu Tun marah kepada Khairy dan Datuk Ahmad Zaki adalah kawan baik kepada Khairy dan mereka pula bekerja dengan mantan Perdana Menteri di tingkat empat. Sebenarnya di tingkat empat inilah berlangsung mesyuarat jemaah menteri dan lain- lain dan di sinilah banyak keputusan yang diputuskan oleh jemaah kabinet . Di tingkat empat ini juga terdapat 15 orang pegawai pejabat Perdana menteri bertugas di aras berkenaan. Selain Datuk Zaki selaku Ketua Unit Dasar pejabat Perdana Menteri dan Kamal Khalid yang mengetuai Unit Komunikasi. Label yang diberikan oleh Tun Mahathir kepada tingkat empat sebagai sarang penuntut Universiti Oxford dan Cambridge sebenarnya tidak benar kerana Datuk Ahmad Zaki sendiri adalah penuntut dari Universiti Bristol.

Sehingga hari ini bloggers Tun Mahathir Mohamad menganggap budak-budak yang bekerja di tingkat empat adalah musuh mereka. Mereka sebenarnya tidak pernah bermusuh dengan sesiapa juga dan hanya menjalankan tugas mereka sebagai Pegawai di Pejabat Perdana Menteri. Mereka telah melakukan tugas mereka sebagai pekerja yang baik dan mereka seharusnya tidak di musuhi. Namun sukar untuk sesiapa sahaja untuk menghalang sesiapa juga mempunyai prasangka buruk kepada mereka dan mereka juga tidak boleh memaksa semua orang suka kepada mereka. Mereka kini terpaksa menerima semua serangan yang ditujukan kepada mereka dan mereka percaya bahawa perkara ini akan selesai setelah penyerang mereka menyedari hakikat sebenar siapa mereka dari tingkat empat ini. Oleh itu tanggapan atau prasangka buruk ini sama sekali TIDAK BENAR!!!

Lagi berita mengenai Tingkat Empat