
"Semenjak saya pulang dari Mekah , saya kadangkala merasa malas untuk berpolitik, namun apabila memikirkan kembali ianya merupakan amanah, saya akan teruskan juga. Bayangkan penulis-penulis blog yang tidak langsung mengenali saya boleh menulis sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Sungguh menghairankan?"
"Mereka menuduh saya banyak menyapu projek ketika saya bersama Pak Lah dahulu sedangkan saya tidak melakukannya dan jika saya lakukan tentu mereka dapat membuktikan apa yang saya telah lakukan. Saya pernah menolak pelawaan "mereka-mereka" yang tertentu untuk memberikan hadiah kepada saya, tetapi saya tolong dan jika saya tolong, saya tolong dengan ikhlas."jelas beliau lagi.
Menurut beliau lagi, beliau hairan mengapa mereka masih mahu marah kepada Pak Lah dan juga pegawai-pegawai Pak Lah sedangkan Pak Lah sudah membayar dan bertanggung jawab dengan melepaskan kerjayanya sebagai Perdana Menteri sekiranya apa yang beliau lakukan tidak memuaskan hati rakyat. Pak Lah mungkin tersilap dengan tarikh pilihan raya yang dipilih nya. Saya juga telah keluar dari kerajaan dan kami telah mengambil tanggungjawab yang sewajarnya. Apa sangat yang mahu dimarahkan dengan Pak Lah dan mengapa kemarahan itu mesti menjadi dendam sehingga mahu memusnahkan kehidupan semua pegawai Pak Lah? Pak Lah sudah mengambil tanggungjawabnya. Dia pasti tidak mahu berhenti dengan secara sedemikian, pasti dia mahu berhenti secara yang dihormati dan mendapat kepuasan setelah berjaya mentadbir negara ini.
Beliau berkata "Memang benar kita terlepas beberapa negeri dalam pilihan raya yang lalu tetapi adalah tidak adil jika mahu meletakkan semua tanggungjawab itu kepada Pak Lah. Banyak juga perkara-perkara yang lain yang menyebabkan kekalahan itu dan adalah tidak adil untuk meletakkan kekalahan itu hanya kepada Pak Lah dan juga pegawai pegawai Pak Lah sahaja. " malah menurut Datuk Zaki ramai yang menuduh dan mengatakan bahawa saya adalah penasihat Pak Lah dan beliau banyak mengguna pakai cakap dan nasihat beliau . "Itu adalah tidak benar, Pak Lah punya mesyuarat kabinet setiap minggu dan dia menerima pakai nasihat lembaga jemaah kabinet dan Pak Lah tidak lah pula mendengar mengambil pakai nasihat dari saya seorang dan ada juga nasihat saya hanya menjadi satu cadangan saja yang tidak diterima pakai bulat-bulat oleh Pak Lah".
Kadang-kadang beliau tidak faham mengapa mereka perlu menyerang beliau secara peribadi sedangkan beliau hanya lakukan tugas ini untuk agama, bangsa dan negara. Beliau adalah seorang Profesional sebelum berkhidmat untuk kerajaan dan ketika berkhidmat untuk kerajaan, waktu kerja tidak menentu. Beliau terpaksa korbankan masa bersama keluarga untuk menjalankan tanggungjawab ini namun apa yang beliau dapat kini adalah cemuhan daripada sebilangan bloggers yang mempunyai agenda tertentu. Sebenarnya beliau tidak pernah berdendam dengan mereka yang menghentam beliau tetapi beliau berharap suatu hari dapat bertemu dengan "mereka-mereka" ini jika mereka sudi bertemu untuk menjelaskan dan memberikan gambaran yang benar terhadap diri beliau.
No comments:
Post a Comment