Sunday, January 24, 2010

Datuk Ahmad Zaki - Pemuda Putrajaya mengecam Kalimah Allah dipersendakan

Datuk Hj Ahmad Zaki yang ditemui baru-baru ini meluahkan rasa kecewa dengan isu yang sedang berlaku sekarang mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Herald The Catholic Weekly yang disifatkan tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam di negara ini.

Selaku Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya dan beliau mewakili Pergerakan tersebut turut melahirkan rasa kecewa kerana perkataan Allah , bagi beliau adalah amat sensitif dan adalah spesifik bagi umat Islam sahaja manakala perkataan Tuhan atau God dalam bahasa Inggeris adalah tuhan bukan Allah dan Allah khusus bagi orang Islam sahaja.

Walau bagaimana pun, beliau berharap agar isu ini tidak diperbesarkan dan diselesaikan secara baik dan aman. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, beliau berharap dan memohon agar semua pihak bertenang seketika dan menghormati cara penyelesaian yang sedang dibuat oleh kerajaan. Pihak kerajaan yang kini yang dalam proses menyelesaikan isu ini dengan membuat rayuan dan meminta mahkamah menimbang semula keputusan tersebut.

Beliau berharap agar tidak ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan dan “menangguk di air yang keruh” yang akan mengakibat kan kestabilan dan keharmonian negara kita menjadi huru-hara. Sebagai umat Islam, beliau merasa terpanggil untuk sama-sama mempertahankan kalimah Allah ini agar tidak dipersendakan sesuka hati dan dicemarkan serta berjanji akan mempertahankan kesuciannya.

No comments: