Saturday, February 27, 2010

Cubaan jahat lagakan Datuk Ahmad Zaki dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Apabila berlaku kemelut dalam laman web yang mana ada pihak yang cuba mengeruhkan keadaan Pemuda UMNO Malaysia setelah 1 laman web dan sebuah blog yang anti Khairy cuba meniupkan api perbalahan antara Pemuda UMNO dan Khairy Jamaluddin melaporkan berita yang tidak benar. Berita ini telah dinafikan sendiri oleh Naib pemuda UMNO Malaysia Datuk Razali Ibrahim.

Kesempatan ini telah diambil oleh mereka yang tidak bertanggung jawab untuk melagakan pula Datuk Ahmad Zaki Zahid kerana mereka tahu bahawa Datuk Ahmad Zaki adalah kawan kepada Khairy Jamaluddin, Namun dalam stand selaku seorang politik , Datuk Zaki sebenarnya adalah kawan kepada semua mereka yang berkait dalam politik tanah ai terutama sekali yang melibatkan ahli UMNO.

Sebuah laman web bkhmer.com dilihat berniat jahat dengan melaporkan bahawa Datuk Ahmad Zaki sebagai berkata bahawa Khairy was inefective, Apa yang berlaku sebenarnya adalah berbeza di dalam pertemuan kami dengan Datuk Ahmad Zaki Zahid sememangnya menghormati Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan beliau adalah merupakan pemimpin Pemuda UMNO Malaysia yang terbaik. .

Jelas di sini ada usaha yang mahu melagakan antara Datuk Ahmad Zaki Zahid yang disebarkan di laman web berniat jahat..Hentikanlah, sekarang masa untuk bekerja bukan memfitnah!!

No comments: