Monday, February 22, 2010

Pemuda UMNO Putrajaya dan Peace Malaysia turut membantah


Pemuda Putrajaya dan juga Aman Malaysia telah turut sama memberikan sokongan kepada perhimpunan penyerahan memorondum kebiadaban Ahli Parlimen Australia yang mencampuri undang-undang negara kita. Walaupun Datuk Zaki tidak dapat bersama kerana urusan tugasan di luar negara namun beliau di wakili oleh tiga orang pegawai beliau dan dua Pegawai dari Peace Malaysia, sdr Hasbullah Awang dan juga Sdr Hadi.

Perhimpunan yang diadakan secara aman terhadap campur tangan Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Negara Australia, Micheal Danby bersama 50 ahli parlimen negara itu terhadap prosiding kes liwat membabitkan DSAI.Demonstrasi dan perarakan ini bermula pada jam 10 pagi yang diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Msia, YB Khairy Jamaluddin . Mereka telah melaungkan slogan , “Australia, mind your own business!!!....” pada hari berkenaan menuju ke kedutaan Australia

Pemuda UMNO Putrajaya nampaknya bertambah aktif dan banyak rancangan serta program yang telah mereka sertai dan mereka laksanakan. Mereka juga telah turun beramai- ramai untuk memberikan sokongan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zamry ketika makahmah mengumumkan keputusan siapakah sebenarnya berhak menjadi Menteri Besar Perak yang sebenar. Sokongan mereka walaupun kelihatan kecil tetapi amat besar ertinya bagi membantu menaikan semangat penyokong BN yang lain di Putrajaya yang berhadapan dengan Penyokong pembangkang.

No comments: