Tuesday, December 29, 2009

Datuk Hj Ahmad Zaki - Niat sempit bloggers terhadap Datuk Ahmad Zaki terserlah


Siapa yang tidak tahu niat dan hasrat sebenar Bloggers yang sememangnya pro kepada Tun Mahathir menyimpan dendam terhadap semua pegawai yang pernah bertugas di pejabat Perdana Menteri , mantan Tun Abdullah Ahmad Badawi.Mereka ini tidak habis-habis mahu merosakkan UMNO dan sememangnya terkenal sebagai Pak Kacau yang sentiasa mahu mengacau kestabilan di dalam UMNO. Dua blogger yang sememangnya boleh dikatakan belaan Mukhriz ialah Parpukari dan juga Big dog atau Zakir ini akan sentiasa menyalak setiap kali diarahkan untuk menyalak. Mereka memangnya bijak untuk mencipta cerita fitnah yang setengah betul dan juga cerita-cerita yang hanya mahu di spekulasi kan.

Hari ini , Naib Presiden UMNO pula yang dikenakan oleh mereka . Hari ini mereka cuba menyalak dan merekacerita untuk menjatuhkan Zahid Hamidi pula. Ini adalah agenda orang yang pernah tidak sukakan Zahid Hamidi dan juga orang yang pernah menahan Zahid Hamidi dalam ISA . Orang yang sama dan menggunakan bloggers yang sama untuk menjatuhkan Zahid Hamidi. Orang yang sama mengarahkan bloggers mereka menulis dan memburukkan Zahid Hamidi dan beliau sendiri telah menulis mengenai Zahid Hamidi yang mahu menggantikan jet pejuang. Orang yang sama yang sudah pencen tetapi masih mahu berkuasa...

Ramai antara pembaca yang telah mengenali dan faham akan kerja penulis ini. Tak ramai, mereka hanya membaca dan melihat apa yang mahu di permainkan tetapi tidak akan menerima apa yang mereka baca dengan sebulat-bulatnya. Mereka hanya suka membaca tulisan mereka kerana mahukan hiburan ringan dan ada yang mahu melihat cara mereka cuba menipu rakyat. Perbuatan mereka untuk menjatuhkan Datuk Zahid Hamidi adalah berpunca dari sokongan Datuk Zahid Hamidi kepada Khairy Jamaludiin yang mana Zahid dengan terang-terang menyatakan sokongan beliau kepada Khairy Jamaluddin dalam satu program di Janda Baik.

Parpukari yang sebenarnya langsung tidak pernah mengenali Datuk Ahmad Zaki juga akan berperanan seperti lebih kuah dari gulai kerana mahu merebut imbuhan yang bloggers ini terima. Sekarang ini sebenarnya bukanlah masanya untuk UMNO berpecah dan menghentam sesama sendiri. Eloklah bloggers ini, jika mereka benar-benar ahli UMNO seharusnya memberikan tumpuan kepada pembangkang dan bukan menghentam pemimpin UMNO. Jangan sampai UMNO akan menyesal apabila kehilangan kerajaan pada PRU13 akan datang kerana sikap negatif segelintir bloggers yang terlalu taksub pada Mukhriz dan Tun.


Wednesday, December 23, 2009

Persepsi dan gambaran salah mengenai tingkat empat perlu dikikis

Melabelkan Datuk HJ Ahmad Zaki sebagai budak tingkat empat hanya menyambung kesenimbungan isu kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seperti juga jambatan bengkok,Proton,AP dan MV Agusta.

Mereka di Tingkat Empat atau sebenarnya Aras Empat bangunan Perdana Putra yang duduknya setingkat di bawah pejabat Perdana Menteri di situ yang digambarkan sebagai tukang catur dalam segala macam urusan kerajaan.Persepsi ini sebenarnya , perlu diperbetulkan kerana apa yang dikatakan sebagai budak tingkat empat hanyalah label untuk melemahkan kerajaan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi oleh Tun Mahathir Mohamad dan juga bloggers upahan beliau. Gambaran yang digembar gemburkan sebagai Tingkat Empat sebenarnya adalah lebih sudu dari kuah dan gambaran yang diberikan oleh konco Tun Mahathir dan Tun sendiri sebenarnya tidak tepat,

Memang benar Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pernah menjadi penghuni di tingkat empat ketika beliau menjadi Timbalan Ketua Setiausaha Sulit di pejabat Perdana Menteri dulu.Berikutan desas desus mengenai isu Tingkat Empat timbul prasangka pasti pejabat-pejabat di tingkat berkenaan menjadi sarang ‘budak-budak Khairy’.Sebenarnya dua pegawai prominent yang berpejabat di situ ialah Ahmad Zaki Zahid selaku Ketua Unit Dasar pejabat Perdana Menteri dan Kamal Khalid yang mengetuai Unit Komunikasi.

Oleh kerana pada masa itu Tun marah kepada Khairy dan Datuk Ahmad Zaki adalah kawan baik kepada Khairy dan mereka pula bekerja dengan mantan Perdana Menteri di tingkat empat. Sebenarnya di tingkat empat inilah berlangsung mesyuarat jemaah menteri dan lain- lain dan di sinilah banyak keputusan yang diputuskan oleh jemaah kabinet . Di tingkat empat ini juga terdapat 15 orang pegawai pejabat Perdana menteri bertugas di aras berkenaan. Selain Datuk Zaki selaku Ketua Unit Dasar pejabat Perdana Menteri dan Kamal Khalid yang mengetuai Unit Komunikasi. Label yang diberikan oleh Tun Mahathir kepada tingkat empat sebagai sarang penuntut Universiti Oxford dan Cambridge sebenarnya tidak benar kerana Datuk Ahmad Zaki sendiri adalah penuntut dari Universiti Bristol.

Sehingga hari ini bloggers Tun Mahathir Mohamad menganggap budak-budak yang bekerja di tingkat empat adalah musuh mereka. Mereka sebenarnya tidak pernah bermusuh dengan sesiapa juga dan hanya menjalankan tugas mereka sebagai Pegawai di Pejabat Perdana Menteri. Mereka telah melakukan tugas mereka sebagai pekerja yang baik dan mereka seharusnya tidak di musuhi. Namun sukar untuk sesiapa sahaja untuk menghalang sesiapa juga mempunyai prasangka buruk kepada mereka dan mereka juga tidak boleh memaksa semua orang suka kepada mereka. Mereka kini terpaksa menerima semua serangan yang ditujukan kepada mereka dan mereka percaya bahawa perkara ini akan selesai setelah penyerang mereka menyedari hakikat sebenar siapa mereka dari tingkat empat ini. Oleh itu tanggapan atau prasangka buruk ini sama sekali TIDAK BENAR!!!

Lagi berita mengenai Tingkat Empat



Monday, December 21, 2009

Datuk Hj Ahmad Zaki selamat menunaikan Haji ~ semoga mendapat Hj Mabrur

13hb Dis 09, jam 12.30 tengah hari, bertempat di KLIA , merupakan hari dan detik paling manis bagi keluarga Datuk Ahmad Zaki Zahid kerana telah menyambut kepulangan beliau bersama isteri, yang telah selamat kembali dari Tanah Suci Mekah. Alhamdulillah….Bersyukur kepada Allah SWT akhirnya pemergian Datuk Ahmad Zaki Zahid ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan Fardu Haji baru-baru ini terlaksana sudah. Mereka disambut dengan penuh gembira oleh sanak saudara dan juga rakan-rakan. Kepulangan beliau juga di sambut oleh anak-anak yang tersayang yang merindui pemergian ayah dan bonda mereka,

Dalam keceriaan dan membayangkan rasa kepuasan , Datuk Ahmad Zaki berkata , beliau berasa bersyukur dan melafazkan kesyukuran serta rasa lega kerana berjaya merempuh dugaan dalam cuaca di sana yang hujan serta sedikit banjir, namun segala-galanya berjalan lancar. Dengan fizikal mereka yang kecil di tambah pula dengan jumlah jemaah yang begitu ramai dari segala pelosok negara serta keadaan fizikal mereka yang agak besar adalah sebenarnya antara dugaan yang terpaksa ditempuhi. Adakalanya beliau sekeluarga terpaksa berebut-rebut dan berhimpit dengan mereka semua.

Benarlah pendapat sesetengah orang, adalah lebih baik sekiranya kita mampu, ketika usia masih muda dan bertenaga untuk menunaikan ibadah haji kerana kita juga memerlukan stamina serta tubuh badan yang sihat untuk melaksanakan ibadah ini.Semoga beliau mendapat Haji Mabrur.

Sunday, December 13, 2009

Bila Bloggers mendabik dada !!

Bila bloggers bersayap dan terbang tinggi mendongak langit dan mendabik dada kerana kononnya berjaya menukar kepimpinan lalu kini bongkak dan angkuh . Berikan saja apa yang mereka mahu dan jika sekiranya kemahuan mereka tidak dipenuhi nescaya kamu akan menerima nasib yang sama seperti apa yang diterima oleh kepimpinan dahulu.

Kami tidak suka pada si polan itu , kami tidak mahu si polan ini , kami tidak berkenan dengan si polan itu . selaku kepimpinan , selaku orang kuat GLC selaku orang yang berpengaruh, kami ikut apa yang kami mahu atau kami akan jatuhkan kamu. Kerja kami menghasut rakyat, kerja kami mempengaruhi mereka. Kami lebih bersuara dari kamu, hanya kamu tidak tahu memanfaatkan kemudahan yang ada ini.

Kamu mesti mendengar suara kami sebab suara kami dibaca oleh ratusan ribu pembaca, tipu kami lebih berkesan kerana tipu di internat nampak macam real, tambahan kami yang lebih pandai selok belok penguasaan media ini. PRU13 nanti, internet akan memainkan peranan yang penting dan internet adalah bahan kempen yang paling popular. Berceramah adalah cara lama.

Datuk Ahmad Zaki adalah mangsa terbaru permainan dan kuasa bloggers. Datuk Ahmad Zaki seorang pemimpin muda UMNO yang berjaya menjadi top 10 dalam pemilihan Exco Pemuda UMNO Malaysia (yang kini menerajui Biro Antarabangsa Pemuda UMNO), menjadi mangsa dendam bloggers Tun Mahathir Mohammad (kata saya bloggers) hanya kerana Datuk Ahmad Zaki adalah bekas Pegawai Khas Mantan Perdana Menteri Malaysia-Tun Abdullah.

Datuk Ahmad Zaki Zahid memenangi kerusi Exco Pemuda UMNO Malaysia atas usaha beliau sendiri yang mana kita boleh katakan itulah buktinya UMNO dan Pemuda boleh menerima Datuk Ahmad Zaki Zahid. Masalah Datuk Ahmad Zaki adalah perasaan dendam bloggers yang dahulunya merupakan hard core yang menyokong Tun dan menentang kerajaan.

Mereka inilah yang sebenarnya berdendam dengan Datuk Ahmad Zaki . Hanya mereka (dua atu tiga kerat) penyokong fanatik Tun Mahathir. Yang hairannya jemaah kepimpinan MRCB jadi takut dan jelas bloggers telah menguasai MRCB di mana keputusan melantik CEO MRCB diputuskan oleh suara bloggers. Ini sungguh memalukan!! Hanya kerana suara beberapa kerat bloggers, Datuk Ahmad Zaki tidak dilantik sebagai CEO MRCB. Bunyinya akan pelik, tetapi itulah realitinya......

Penguasaan bloggers seperti ini perlu dibasmi!! Sekiranya mereka boleh menentang kerajaan kelmarin, tidak mustahil mereka juga boleh menentang kerajaan hari ini dan jika sekiranya kehendak mereka tidak dituruti, tidak mustahil mereka juga akan menjadi musuh besar kepada Perdana Menteri dan Kerajaan.

Rocky Bru, Zakhir (Big Dog) dan macai mereka yang fotostat berita untuk disebar di blognya adalah diantara mereka yang akan menentang Perdana Menteri jika kemahuan mereka tidak dituruti. Contohnya, baru-baru ini belum pun DS Najib melantik Khairy Jamaluddin sebagai Menteri atau Timbalan Menteri, mereka sudah mengugut untuk meninggalkan UMNO dan menentang kepimpinan Datuk Seri Najib jika Khairy dilantik sebagai Menteri mahupun Timbalan Menteri.

Siapa mereka yang mahu menguasai kepimpinan Kerajaan Malaysia? Harap dapatlah sekiranya DS Najib memikirkan semasak-masaknya kerana mereka ini semua perlu diajar. Jika tidak mereka pula akan naik tocang dan mendabik dada konon nya DS Najib, selaku Perdana Menteri kini bagai lembu ditarik hidung. Mereka akan mengugut jika DS enggan memenuhi kehendak mereka. Just forget about them Datuk Seri!!!

Monday, December 7, 2009

Datuk Ahmad Zaki - Aman Malaysia aktif jalankan misi kemanusiaan

Setelah memenangi pemilihan Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Zaki telah diberikan kepercayaan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia , Saudara Khairy Jamaluddin
untuk menerajui Biro Antarabangsa kerana pengalaman luas beliau ketika berkhidmat di Pejabat Perdana Menteri sebelum ini. Beliau juga adalah merupakan pelajar sebuah universiti di London dan sememangnya layak untuk menjawat jawatan ini.

Tahun ini adalah merupakan tahun akhir beliau berada di dalam Pemuda UMNO dan harapan beliau amat besar untuk menyumbang tenaga dan jasa kepada bangsa dan negara melalui sayap kanan UMNO , Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Melalui Biro Antarabangsa Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zaki telah mempengerusikan badan NGO, Aman Malaysia. Beliau juga telah membina sebuah laman web yang boleh diakses melalui URL www.peacemalaysia.com. Melalui badan ini Datuk Ahmad Zaki telah banyak membuat program yang menaikkan nama baik negara di luar Negara dan juga di dalam negara.

Atas rasa keprihatinan dan tanggungjawab, Aman Malaysia telah menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi terutama di beberapa lokasi pedalaman di sekitar Pariaman, Padang, yang terjejas teruk akibat bencana alam itu. Datuk Ahmad Zaki juga telah mengetuai misi kemanusiaan bersama beberapa pegawai itu bermula kira-kira jam 8
pagi waktu tempatan (9 pagi waktu Malaysia) dengan memberikan barangan keperluan harian iaitu air mineral, susu tepung bayi dan makanan ringan.

Ia merangkumi 15,000 unit makanan ringan, 3,000 botol air mineral dan 500 kilogram (kg) susu tepung bayi berusia enam tahun ke bawah yang dianggarkan bernilai kira-kira RM25,000. Semua barangan seberat 2,300kg itu diserahkan kepada Himpunan Pengusaha Muda Indonesia (HIPMI) melalui Ketua Umum Daerah Sumatera Darat, H Erick Hariyona, yang
bertindak sebagai orang tengah untuk mengagihkannya kepada mangsa.

Pada 30 September sekali lagi Aman Malaysia menyampaikan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Padang dan kali ini bantuan telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Aman Malaysia Sdr Hasbullah Awang dan juga turut serta dalam rombongan ke Padang adalah Setiausaha
Agung Aman Malaysia Sdr Hasnol Hadi Abd Rahman.

Banyak perancangan yang telah dirancang oleh Aman Malaysia dan mereka akan terus bergerak aktif sepenuh masa untuk membantu mangsa bencana alam dan juga beberapa siri program kebajikan yang lain.

Persengketaan Tun M dan Tun Lah sedikit sebanyak mengelamkan Datuk Ahmad Zaki

Lambaian tanah suci telah membawa Datuk Ahmad Zaki bersama isteri tersayang dan juga ayahbonda untuk menunaikan Ibadah Haji. Kesibukan bukanlah satu alasan bagi seseorang untuk menunaikan rukun Islam yang ke-empat, menunaikan haji ke Baitullah (Mekah).

Walaupun tugas harian terlalu sibuk dan sehingga di saat akhir beliau terpaksa menghadapi dan menyelesaikan segala tugasan yang menanti namun Datuk Ahmad Zaki membulatkan hati dan melupakan segala urusan dunia buat seketika dan berlepas ke tanah suci pada 20 Nov 09.

Sebelum berangkat ke tanah suci beliau telah menerima perkhabaran bahawa beliau tidak dilantik sebagai CEO kepada MRCB dan dengan redha serta rela beliau telah menerima keputusan ini dengan tenang. Mungkin rezeki tidak menyebelahi beliau. Namun ramai yang merasa ralat kerana sebab-sebab beliau gagal untuk menduduki kerusi ini bukanlah kerana beliau tidak layak tetapi adalah kerana perbuatan manusia yang menyimpan dendam dan hasrat dengki terhadap beliau kerana beliau adalah bekas Pegawai Khas kepada Mantan Perdana Menteri , Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Seperti yang dijangka , musuh Datuk Ahmad Zaki pasti akan menulis untuk menghalang beliau untuk dilantik sebagai CEO kepada MRCB melalui blog-blog seperti yang pernah mereka lakukan kepada sesiapa juga yang setia kepada Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ini sukar dihalang kerana tidak siapa yang boleh menutup mulut dan hak mereka untuk menulis.

Mereka sememangnya musuh kepada semua yang pernah berkhidmat dan memberikan sumbangan kepada rakyat dan negara melalui mantan Perdana Menteri , Tun Abdullah Ahmad Badawi . Ini adalah berpunca dari permusuhan antara Tun M dan juga Tun Abdullah.

Kebanyakan penulis yang memburukkan semua Petugas Tun Abdullah adalah
penulis upahan yang sengaja diupah dengan wang ringgit mahupun habuan
itu adalah untuk memusnahkan kehidupan dan masa depan semua petugas yang setia
dengan Tun Abdullah pada masa yang lalu,

Sikap dendam dan kebencian ini tidak akan padam selagi mereka tidak merasa puas dengan perasaan dendam mereka. Yang menariknya adalah ada juga orang-orang tertentu menilai kebolehan Datuk Ahmad Zaki dari penulisan blog. Amat malang sekali apabila bloggers menguasai kepimpinan tertinggi dan juga ahli-ahli koprat yang berpengaruh.

Menilai prestasi seseorang melalui penulisan bloggers mungkin satu kesilapan yang besar kerana pepatah melayu ada berkata, "untuk mengetahui akan kebaikan seseorang, tanya kepada kawan orang berkenaan dan untuk mengetahui keburukan seseorang tanya pada musuh nya".

Datuk Ahmad Zaki sebenarnya tidak memusuhi sesiapa tetapi beliau dimusuhi kerana api kemarahan Tun kepada Tun Abdullah membuat beliau terbabit kerana beliau adalah meruapakan pegawai khas dan juga Ketua Biro Komunikasi Pejabat Perdana Menteri. Apa yang beliau lakukan selama ini adalah tugas dengan nawaitu untuk mebangunkan rakyat dan dengan
nawaitu untuk memberikan khidmat kepada bos beliau iaitu Perdana Menteri Malaysia pada masa itu.

Apa saja yang dilakukan oleh beliau adalah dengan niat menjalankan tugas dan memberi khidmat dengan jujur dan ikhlas. Adalah tidak adil jika kerana tugasan yang beliau lakukan beliau dimusuhi dan jika tidak beliau yang lakukan, tentu ada orang lain yang melakukannya. Namun beliau bukan lah dimusuhi oleh semua orang .

Yang memusuhi beliau hanyalah bloggers yang sebenarnya pada hakikatnya bukan memusuhi beliau tetapi kerana mereka ini juga menjalankan tugas dan diupah oleh individu tertentu untuk memburukkan Datuk Ahmad Zaki. Mereka juga adalah merupakan petugas yang mencari rezeki dengan cara menjahanamkan semua petugas dan orang yang rapat dengan Tun
Abdullah. Adakalanya mereka sendiri tidak tahu apakah fokus sebenar mereka melainkan menjatuhkan dan menjahanamkan kehidupan mereka yang rapat dengan Tun Abdullah.

Perkara sebegini sukar untuk kita elak kerana ini akan berlaku kepada sesiapa sahaja yang memerintah sekarang dan juga petugas serta pegawai mereka setelah mereka tidak lagi berkuasa.