Monday, November 30, 2009

Siapa Datuk Ahmad Zaki Zahid ?

Ramai yang bertanya apakah selama ini Datuk Ahmad Zaki Zahid dan penyokongnya terus membisu apabila diserang oleh bloggers yang pro kepada Tun Mahathir dan Datuk Mukhriz .Apakah ini adalah kerana apa yang dituduh oleh mereka sememangnya benar dilakukan oleh Datuk Ahmad Zaki ? Tunggu akan jawapannya di blog ini. Sebenarnya hubungan Datuk Zaki dan juga Tun Mahathir serta Datuk Mukhriz adalah baik. Datuk Ahmad Zaki dituduh sebagai orang yang paling kuat dan berpengaruh di tingkat 4 dan merupakan orang yang banyak merancang dan merancang kepimpinan Pak Lah dan juga orang yang paling rapat dengan KJ oleh blogers yang pro kepada Tun M dan Mukhriz .

Sebagai pekerja yang baik dan juga sebagai seorang yang diberikan amanah, sebenarnya Datuk Ahmad Zaki telah cuba untuk memberikan khidmat yang paling baik kepada ketuanya dan juga cuba memberikan yang terbaik untuk rakyat. Namun mempengaruhi bosnya dan membuat keputusan untuk Pak Lah adalah satu rekaan dan fitnah untuk menjatuhkan beliau. Banyak fitnah yang di taburkan untuk menjatuhkan dan kini untuk menjahanamkan kehidupan Datuk Ahmad Zaki kerana perasaan dendam dan sakit hati dari corak kepimpinan Perdana Menteri dahulu. Datuk Ahmad Zaki di jadikan 'punching bag' kerana ramai yang mahu melepaskan geram dan melepaskan kepada Datuk Ahmad Zaki. Selamat datang dan selamat melayari blog saya, insyaallah saya akan menghuraikan keadaan sebenar dan akan membetulkan kembali silap tanggapan rakyat terutama bloggers yang punya hasrat dendam dan perasaan marah terhadap Datuk Ahmad Zaki Zahid , seorang pemimpin muda dan tokoh koprat .

Mereka ini sebenarnya tidak ramai dan mereka ini adalah bloggers yang menyokong kuat dan ada kepentingan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad , mantan Perdana Menteri yang telah melantik Pak Lah sebagai pengganti dan akhirnya memusuhi orang yang beliau lantik sendiri. Benarkah Datuk Ahmad Zaki yang banyak mempengaruhi Pak Lah. Benarkah Datuk Zaki yang membuat dan begitu berkuasa dalam perancangan koridor-koridor yang di perkenalkan oleh Pak Lah. Siapa sebenarnya Datuk Ahmad Zaki ini dan apakah latar belakang beliau sehingga beliau begitu dimusuhi oleh bloggers-bloggers Tun Mahathir. Apakah Datuk Zaki dan KJ menantu Pak Lah adalah orang yang berkuasa sekali di zaman pemerintahan Pak Lah. Sama- sama kita tunggu dan terus melayari blog ini. Sudah tiba masanya penyokong Datuk Ahmad Zaki bangun untuk mempertahankan beliau dari fitnah dan tohmahan orang yang berkepentingan dan menjadikan Datuk Ahmad Zaki sebagai tempat mereka merejam dendam dan marah mereka.

Datuk Ahmad Zaki memenangi Exco Ketua Pemuda dalam senarai top 10 adalah bukti yang menunjukkan beliau diterima oleh pemuda UMNO dan beliau adalah merupakan ahli UMNO yang banyak bekerja dan berkorban untuk UMNO. Kemenangan ini adalah atas dasar kekuatan beliau sendiri. Ini juga membuktikan bahawa beliau tidak dibenci oleh ahli-ahli UMNO. Beliau telah diberikan kepercayaan oleh ahli UMNO untuk menjadi wakil dan exco mereka. Datuk Ahmad Zaki juga adalah merupakan Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, merangkap Exco Pemuda UMNO Malaysia, Pengerusi Peace Malaysia, Exco Biro Ekonomi UMNO Malaysia, Exco Biro Hal Ehwal Luar Negara & Kelab Pelajar Luar Negara di bawah Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, bekas Bendahari UMNO Wilayah dan juga merupakan Exkutif Direktor di MRCB.

2 comments:

syed ahmad said...

Artikel saudara ni lansung tidak ada menceritakan siapa Datuk Ahmad Zaki. All the stories basically are nothing but fictitious political campaign, just like any other politician there are, whose struggling to get the attention of our PM, after being labelled as Pak Lah's boys.

Percubaan Datuk Ahmad Zaki seperti yang saudara sebutkan, iaitu cuba memberi yang terbaik kepada ketuanya dan juga kepada rakyat pada saya hanyalah sebahagian daripada janji-janji kosong yang biasa ditabur oleh ahli politik. cubaan sahaja tanpa usaha dan sama-sama turun padang untuk manjalankan amanat yang diserahkan semestinya tidak mencukupi.

you can try to make-believe that all the lies you have posted in this page are true, nothing but the truth, but now the people are not stupid. who wants to believe a write-up from a person who doesn't even know how to spell punching bag? i wonder how much did they pay you to create this pro-zaki blog.

zach said...

Saudara Syed Ahmad, Jika yang baik saudara cari saudara akan dapat yang baik tetapi jika saudara cari yang tidak baik tentu saudara dapat yang tidak baik. Menuduh kami menerima bayaran adalah tuduhan penulis politik yang sendiri dibayar.Untuk memastikan misi menjatuhkan Daruk Zaki berjaya saudara terpaksa menjatuhkan kredibiliti mereka yang mempertahankan Datuk Zaki. Apa juga itu hak saudara dan hak saya adalah untuk terus menulis walaupun saidara terus mengkritik. Saya juga tertanya tanya berapa saudara dibayar untuk mengkritik apa juga perilaku Datuk Ahmad Zaki .Menuduh datuk tidka kepadang dan memberi komen yang berbau hasrat dengki di tulisan ini amat tidak adil kerana ini baru tulisan pertama dan saudara sudah terjub membuat presepsi saudara tersendiri. Namun itu hak saudara dan saya tidak boleh menghalang.Pastinya saya lebih mengenali beliau dan yakin anak muda ini akn terus merintis dalam kerjayanya sebagai ahli kopratdan politikus. salam